Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Harga Roti Gardenia Naik Bermula 1 Disember 2020

today1 December 2020

Background

Penggemar roti mungkin akan terkesan dengan berita ini. Syarikat Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. (GBKL) menaikkan harga beberapa produknya yang terpilih bermula hari ini, 1 Disember 2020. Beberapa produk keluaran GBKL bakal menyaksikan peningkatan harga sehingga RM0.20 sen.

Menurut GBKL, peningkatan harga itu bermula dari RM0.05 sen melibatkan produk roti seperti Gardenia Squiggles – Funky Strawberry, Choco Malto, Gardenia Delicia Soft Roll – Butter Toffee, Sambal Bilis dan Gardenia Fluffy Red Beans dan kenaikan harga RM0.20 sen pula melibatkan produk roti seperti The Gardenia Toast’em, Delicia Butter Raisin, Butterscotch, Choco Raisin dan Raspberry Milk & Cranberries.

Harga roti Gardenia naik

Katanya, keputusan menaikkan harga produk tersebut adalah kerana kenaikan harga bahan mentah terkini dan penghasilan yang melangkaui kawalan sehingga menyebabkan syarikat tiada pilihan kecuali menaikkan harga.

“Semakan harga ini dibuat kerana kenaikan harga bahan mentah seperti sayur, serbuk koko, susu dan pembungkusan.

“Fokus kami sekarang adalah untuk terus meningkatkan usaha untuk mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan operasi,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Namun, GBKL pada masa sama berkata tiada peningkatan harga bagi produk lain keluaran syarikatnya.

Tambah GBKL, fokus mereka ialah untuk mengoptimumkan produktiviti dan keberkesanan bakeri mereka dan kenaikan harga produk ialah pilihan terakhir setelah semua usaha memaksimumkan keberkesanan operasi sudah diambil.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Manis-Manis Lemak! Jom Sarapan Dengan Roti Telur Kaya

3 peniaga OKU jual roti kukus di Taman Temerloh Jaya

 

 

Sumber: Kosmo

Written by: Adinna


Previous post

Sukan

PBNS tagih pengalaman K Devan

Seremban: Teka-teki siapa ketua jurulatih Negeri Sembilan musim depan akhirnya terjawab apabila bekas ketua jurulatih Petaling Jaya (PJ) City FC, K Devan dilantik menjawat jawatan berkenaan. Ini kali ketiga Devan, 59, kembali membimbing skuad Negeri Sembilan selepas kali pertama pada musim 2003 hingga 2006, disusuli pada musim 2015. Tunku Besar Tampin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri berkata, satu sesi temu […]

today1 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *