Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Ibu Kerap Menangis Kenangkan Anak Perempuan Lahir Tanpa Rahim

today1 February 2021

Background

Wanita yang lahir tanpa rahim dikenali sebagai Sindrom Mayer–Rokitansky-Kuster-Hauser (MRKH). Ianya adalah gangguan kongenital yang mana hanya berlaku bagi setiap 5000 wanita. Walaupun pada mulanya drama Rahimah Tanpa Rahim menjadi bualan warganet disebabkan tajuknya, namun ketahuilah kisah ini benar berlaku kepada wanita terpilih.

Baru-baru ini, ada sebuah kisah sepasang suami isteri dan anak perempuannya mendapat perhatian apabila anak perempuan mereka dilahirkan tanpa rahim. Anak perempuannya bernama Siti Aminah Mohd Alauddin berusia dua tahun tiga bulan itu telah dilahirkan dengan tangan kanan bengkok, mempunyai satu buah pinggang dan menghadapi masalah pendengaran.

Menurut laporan, ibunya, Nur Shailla Revathy Abdullah amat bimbang dengan masa depan anaknya dan kerap menangis setelah menerima berita itu daripada doktor. Berita tersebut telah dikongsi seawal usia anaknya empat bulan. Berita yang paling sukar diterima tentang anaknya itu Siti Aminah ialah dilahirkan tanpa rahim.

Difahamkan anaknya itu dilahirkan sebulan awal dan hanya sebesar botol air mineral 500ml sahaja. Bagaimanapun Nur Shailla bersyukur kerana anaknya itu tidak menghadapi masalah kesihatan serius yang lain. Sebelum ini Nur Shailla tidak pernah mendengar tentang bayi yang dilahirkan tanpa rahim namun kasihnya seorang ibu, dia tekad untuk terus menjaga anaknya selagi dia masih bernyawa.

Seterusnya, kini mereka memerlukan bantuan untuk membeli alat bantuan pendengaran untuk Siti Aminah yang kini sedang diusahakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan anaknya juga perlu menjalani rawatan susulan di hospital setiap empat bulan sekali.

Nur Shailla dan suami menyatakan bahawa kekuatan mereka adalah Siti Aminah kerana dia tetap aktif walaupun mengalami beberapa masalah kesihatan. Benar, bukan mudah untuk membesarkan anak istimewa seperti Siti Aminah. Semoga keluarga ini dipermudahkan urusan mereka.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tajuk Dijadikan Gurauan Penonton, Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Dedah Sindrom MRKH

Episod 4 : Dugaan Tanpa Rahim | Soal Drama

 

 

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian

Written by: Adinna


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *