Laporan dari akhbar tempatan pada Disember tahun lalu, kes perceraian di Malaysia merekodkan peningkatan yang luar biasa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah, trend peningkatan itu juga dijangka berterusan apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan di beberapa negeri.
Bagaimanapun, menurut Coach Perunding Kekeluargaan Smart Keibubapaan, Zaid Muhamad, apabila terjadinya penceraian atau pergaduhan antara suami dan isteri, secara tidak langsung anak-anak akan merasakan merekalah punca tersebut.
“Sebaiknya, ibu bapa perlu sentiasa perlu ingat dan fikirkan tanggungjawab melindungi kesihatan jiwa anak-anak supaya mereka tidak berasa bersalah.

Bukan apa, apabila anak-anak kecil yang tidak faham banyak perkara kemudian melihat pertengkaran antara ibu bapa mereka, secara tak langsung mereka akan berfikir merekalah punca pergaduhan tersebut dan ini menyebabkan kesan jiwa yang sangat berat untuk anak-anak kecil,” jelasnya.
Untuk dengarkan lebih terperinci, klik saja di sini.
Post comments (0)