Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kisah ‘Doktor’ Doakan Orang Awam Dijangkiti COVID-19 Tular Hingga Ke Negara Jiran

today5 February 2021

Background

Permohonan maaf telah dibuat, namun warganet seakan tidak dapat melupakan rakaman video pendek seorang wanita yang pada mulanya dianggap doktor mengeluarkan kata-kata kesat makian hanya kerana sedikit salah faham berlaku di jalan raya.

Setelah disiasat ternyata pemandu wanita tersebut bukanlah seorang doktor, namun seorang staf yang bekerja di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pihak UPM sendiri menyatakan kekesalan dek kerana sikap kakitangan mereka.

“Universiti Putra Malaysia ingin merujuk isu reaksi seorang staf UPM yang dilaporkan bertengkar dengan pemandu jalan raya lain yang tular baru-baru ini. UPM memandang serius hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau dan tata kelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warha UPM.”

Baru-baru ini, pihak Hospital Serdang juga tampil dengan satu kenyataan menafikan pemandu wanita berkenaan adalah doktor yang bertugas di hospital berkenaan mahupun kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bukan hanya di Malaysia, kisah ini turut tular di negara jiran kita iaitu Indonesia apabila portal mereka turut melaporkan kisah ini.

Menggunakan tajuk “ Ibu-ibu di Malaysia Doakan Pengendara Lain Kena Covid-19, Emosi Diklakson Karena Langgar Lalu Lintas”, artikel ini dikeluarkan pada 5 Februari 2021.

Orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya. Moga kita semua mengambil iktibar daripada kes ini.

 

 

Baca juga:

Masalah Pemanduan, Doktor Ini Doakan Orang Awam Dijangkiti COVID-19

Lelaki Kurung Diri Dalam Rumah Selepas Lempar Kotak Berisi Kepala Manusia

 

 

 

 

Sumber: Tribunnews

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Aduh, Malunya Kak” – Dua Gadis Ini Terjatuh Atas Tanah Lepas Tali Buaian Terputus

Menerusi video itu, dua gadis berkenaan pada mulanya sedang posing sambil naik buaian berlatar belakangkan sawah padi yang cantik menghijau.Namun baru saja beberapa saat mereka menghayun, tali buaian itu secara tiba-tiba terlucut di bahagian gadis yang memakai baju berwarna merah.Apa yang lebih mencuti hati adalah kawannya di sebelah sempat membuat reaksi muka selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku kerana tidak sedar akan kejadian tersebut.Sejurus selepas gadis berbaju merah itu... Klik […]

today5 February 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *