Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Mahalnya..”- Rungut Rakyat Bila Harga Vaksin COVID-19 Didedahkan

today4 November 2020

Background

Vaksin yang ditunggu-tunggu kini akhirnya semakin dekat dengan kita. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, rundingan dengan Covax mengenai proses perolehan vaksin kini berada di peringkat terakhir.

Perkara kedua yang membuat rakyat tertanya-tanya adalah berapakah harga yang akan dikenakan untuk setiap suntikan vaksin tersebut. Adakah ianya mahal, murah atau mampu ditanggung oleh rakyat jelata.

Laporan yang dikeluarkan oleh portal berita Harian Metro baru-baru ini menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat.  Harga maksimum telah dikeluarkan dan harga bagi setiap satu vaksin, Covax adalah AS$21 (RM87.60) yang ditawarkan kepada Malaysia menerusi pelan peruntukan vaksin Covid-19 global.

Menerusi pantauan penulis di ruangan facebook, ada yang mengatakan jumlah tersebut agak mahal, namun ada juga yang merasakan harga tersebut adalah ‘okay’.

Kita harap dapat tandatangani Covax dalam waktu terdekat. Cuma ingin dijelaskan Covax hanya sebahagian daripada keperluan kita dalam mendapatkan vaksin Covid-19. Sebahagian besar daripada perolehan ini akan dicapai menerusi rundingan dua hala dengan negara berkaitan,” terang Khairy Jamaluddin.

Walau berapa pun harga yang ditetapkan untuk setiap vaksin, kita sepatutnya bersyukur kerana penemuan vaksin ini semakin hampir dan diharapkan dapat menamatkan pandemik membunuh dunia.

 

Baca juga:

Dapat Vaksin COVID-19 Secara Percuma!

Manusia Punya Kerja, Jerung Jadi Mangsa : Setengah Juta Dibunuh Untuk Vaksin COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

Pemain Muda

Sukan

Senarai Pemain Muda Malaysia Yang Beraksi Di Eropah

Kejayaan pemain muda, Aqil Arazi Aziz yang menyertai kelab Perancis, AS Cannes menambahkan lagi senarai anak muda Malaysia yang beraksi di Eropah. Setelah sebulan menjalani ujian dan juga latihan bersama Cannes, Aqil berjaya menandatangani kontrak dan akan beraksi bersama kelab yang beraksi di divisyen kelima bola sepak Perancis itu. Sebelum Aqil, beberapa pemain telah beraksi di Eropah terlebih dahulu dan di sini merupakan senarai pemain muda negara yang beraksi di […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *