Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Penyelidik Dedah Hormon Seksual Wanita Mampu Lindung Gejala Serius Covid-19

today30 November 2020

Background

Hari demi hari kita berharap agar pandemik membunuh COVID-19 mampu dilumpuhkan agar dunia kembali pulih, rakyat kembali bebas. Dalam usaha itu, ternyata pebagai ujian dan kajian dilakukan penyelidik terhebat dari serata dunia. Dan apa yang mengejutkan, adalah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Chicago kerana mendedahkan bahawa hormon seksual wanita memiliki kesan anti radang yang dapat melindungi wanita daripada gejala serius penyakit Covid-19.

Penulis kajian itu, Graziano Pinna merupakan penyelidik dari Unversiti Illinois, Chicago (IUC) menerbitkan keputusan tersebut dalam jurnal Trends in Endocrinology and Metabolism.

Hormon seks wanita ada anti-radang

Penyelidikan itu menumpukan kepada wanita hamil dan perbezaan antara lelaki serta wanita yang mengalami simptom koronavirus serius.

Hormon seperti progesteron, estradiol dan allopregnanolone mempunyai fungsi anti radang dan menggalakkan sistem imunisasi badan. Oleh sebab itu, wanita me­nunjukkan simptom koronavirus lebih teruk sejurus selepas melahirkan anak kerana kehilangan hormon-hormon yang wujud sewaktu mengandung,” katanya.

Lelaki lebih terdedah dengan virus

Kajian ini turut menjelaskan kenapa lelaki lebih terdedah kepada simptom koronavirus yang serius kerana ketiadaan hormon ini dalam sistem imunisasi badan mereka.

Begitulah penjelasan daripada penemuan tersebut. Untung juga jadi kaum wanita ni ye? Apa pun, kita masih belum mendapat vaksin sebenar. Jagalah diri serta ahli keluarga terdekat dan amalkan kebersihan diri di dalam mahupun di luar rumah okay?

 

 

Baca juga:

Bayi Lelaki Dilahirkan Mempunyai Antibodi Terhadap Covid-19

Rakyat Malaysia Layak Terima Vaksin Covid-19 Secara Percuma

 

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Written by: Ainaa


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *