Kejadian ngeri yang berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang hanya berusia lapan tahun ketika itu sungguh menyedihkan sehingga ianya jadikan sebuah filem pada 2018 bertajuk ‘Hope’.

Jika masih ada yang belum tahu, filem tersebut diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku pada tahun 2008 di mana seorang budak perempuan berusia 8 tahun dipukul dan dirogol oleh suspek yang mabuk.

Kisah benarnya, pesalah Cho Doo-soon yang berusia 69 tahun telah disabitkan kesalahan menculik dan morogol. Lebih menyedihkan, mangsa berusia lapan tahun dirogol di bahagian depan, belakang dan juga telinga di sebuah bilik air gereja di Ansan pada 2008. Serangan tersebut sungguh tidak berperikemanusiaan kerana mangsa mengalami kecacatan kekal.
Disebabkan perbuatan itu, Cho telah menerima hukuman penjara selama 12 tahun. Ramai tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan dan orang ramai yang dianggarkan sejuta orang telah menandatangani petisyen dalam talian supaya presiden menghalang Cho daripada dibebaskan.

Namun ianya tidak berjaya dan ketika Cho dilepaskan baru-baru ini, ramai penunjuk perasaan membaling telur dan menjerit kepadanya.
Tangannya digari serta kakinya terdapat gelang elektronik ketika ditemani pihak polis menuju ke rumahnya terletak berhampiran Ansan. Pihak berkuasa telah menambah kamera keselamatan dan berjanji untuk mengawal ketat lelaki tersebut di kediamannya dek kerana risau Cho akan bertindak di luar kawalan.
Cho Doo-soon pergi ke neraka!
12 tahun bukanlah masa yang lama untuk masyarakat melupakan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi si mangsa. Disebabkan itu, puluhan penunjuk perasaan memegang sepanduk yang bertulis ‘Cho Doo-soon pergi ke neraka’ dan mereka juga turut menjerit supaya dia dimandulkan walaupun dikawal ketat oleh polis.

Keluarga mangsa pula ada memberitahu media tempatan pada bulan lalu bahawa mereka ada merancang untuk berpindah jauh selepas kepulangan Cho di Ansan. Bapa kanak-kanak malang itu memberitahu saluran TV JTBC bahawa anaknya ‘menangis teresak-esak’ selepas diberitahu mengenai kepulangan perogol itu.
Apa yang berlaku sungguh menyedihkan, dan rata-rata masyarakat di sekeliling merasa tidak selamat dengan adanya ‘perogol paling kejam’ bebas berkeliaran di kawasan mereka. Yelah, siapa tak takut woi!
Moga Cho insaf dengan apa yang telah dilakukan. Mungkin makamah dunia mampu memaafkan kesalahannya. Namun, mungkin tidak buat mangsa yang telah dirobek kehormatan dirinya dengan kejam!
Baca juga:
Ulasan KP Selangor Bila Ditanya Kenapa Ramai Gadis Terjerat Dengan Da’i Syed
Jangan Normalisasi Lawak Lucah, Billboard ‘Haram’ Dirobohkan
Sumber: sinarharian
Post comments (0)