Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri

today15 December 2020

Background

Wow, jarang-jarang kita dengar orang buat ‘swab test’ sendiri kan? Yelah, takut tersalah jolok, lain pula masalah yang timbul.

Tindakan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari baru-baru ini mendapat perhatian ramai dan kritikan netizen apabila ‘memandai-mandai’ lakukan ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya tanpa bantuan petugas kesihatan.

Video yang dikongsi rakannya di laman Instagram mendapat perhatian seorang doktor. Laporan sebuah portal mengatakan seorang doktor dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i menegur BCL kerana tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut. Kata doktor itu lagi, ujian saringan tersebut seharusnya dilakukan dengan berhati-hati untuk mencegah daripada masalah serius.

Dalam hidung kita ada bahagian yang dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” kata doktor tersebut.

Jelas doktor tersebut, jangkitan itu boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Sebelum ini juga, BCL meletakkan syarat sesiapa sahaja yang ingin  bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.

 

 

Baca juga:

Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani BCL Di Jakarta

“Tak Masuk Fitting Room, Tak Muat Terus Buang..”- PA Dedah Perangai Shopping Nia Ramadhani

 

 

 

 

Sumber: okezone, mstar

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Tarik Sis, Semongko!” – Abang APM ‘Terjerit’ Lepas Tarik Ular Sawa Undang Dekah

Tidak kiralah lelaki mahupun perempuan, mereka sememangnya sangat mahir mengendalikan kejadian sebegini.Baru-baru ini, kejadian yang sama turut berlaku di sebuah rumah apartment apabila kehadiran ular sawa yang besar dan panjang berlingkar di atas grill tingkap rumah tersebut.Seperti biasa, beberapa orang anggota APM akan melakukan kerja mereka dengan menangkap haiwan liar itu.Namun, rakaman video tersebut telah mengubah detik cemas menjadi lucu dan mengundang tawa ramai apabila... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today15 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *