Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Bukan Kaki Parti! Harris Annuar Cabar Individu Tuduh Berhibur Di Langkawi Buktikannya

today8 January 2021

Background

Agak kecoh apabila pelakon dan personaliti media sosial disahkan positif COVID-19 baru-baru ini sebaik pulang bercuti di Langkawi.

Katanya, dia terkilan apabila ada pihak sesuka hati melemparkan pelbagai tuduhan termasuk mendakwa dirinya berhibur di beberapa kelab malam dan hotel sekitar Langkawi.

“Saya cabar individu yang menuduh saya berhibur di Langkawi pada malam sambutan tahun baharu lalu untuk tampil buktikannya..”

“Saya bukan jenis kaki parti. Kalau di Kuala Lumpur pun saya tak berminat nak pergi apatah lagi di sana. Saya hanya pergi ke kelab malam jika ada majlis pelancaran sahaja dan atas urusan kerja saja. Kawan-kawan saya tahu yang saya bukan jenis begitu. Saya sedih apabila difitnah begitu teruk.

“Pada malam tahun baharu saya hanya lepak di kafe Scuba. Itupun kafe terbabit tak ramai orang jika dibandingkan dengan kafe lain berdekatannya. Ini satu fitnah yang agak berat apabila mengatakan saya seorang kaki parti,” katanya.

Menurut Harris, dia kecewa apabila menjadi mangsa kecaman netizen di laman sosial apabila mendedahkan dirinya positif wabak berkenaan.

Tidak memakai pelitup muka sebab bergambar

“Saya tak tahu macam mana nak terangkan apabila orang menganggap saya seolah-olah pembawa sedangkan saya dijangkiti ketika berada di Langkawi. Ramai yang mengecam mengatakan saya tidak memakai pelitup muka sedangkan jika membuat carian menggunakan tanda pagar #PulauLangkawi berapa ramai yang tidak memakai penutup muka ketika bergambar?.

Jadi samalah dengan saya apabila mahu bergambar. Namun selepas itu saya akan memakainya. Saya seorang yang mengambil berat mengenai keselamatan diri dan akan mengimbas kod My Sejahtera. Sebab itu, sebaik pulang dari Langkawi saya ambil tanggungjawab untuk terus membuat ujian saringan kerana rasa panas badan.

“Ramai yang marah sebab saya pergi melancong, bagaimana pula dengan orang lain yang turut mengambil peluang sama untuk bercuti di sana tapi apabila pulang tidak melakukan ujian saringan atau kuarintin diri di rumah.

“Saya bukan minta dipuji tapi sekurang-kurangnya saya ambil tanggungjawab untuk melakukan ujian saringan berbanding orang lain yang tidak melakukannya sekali gus mungkin membahayakan nyawa orang lain,” katanya.

 

 

Baca juga:

Lufya Buka Mulut Pengunjung Bercuti Ke Langkawi Tak Ikut SOP, Terlalu Ramai!

Hakikatnya Masih Ada Bawa Bayi Keluar ke Shopping Mall, Rakyat Masih Leka!

 

 

 

 

Sumber: hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *