Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Cocok Kalau Jadi Suami Isteri”- Ramai Ingin Bunga & Ariel Bersama!

today30 October 2020

Background

Cocok kalau jadi suami isteri,” tulis satu komen yang lain. 

Mungkin pada awalnya penyanyi dan pelakon, Bunga Citra Lestari sekadar mahu berkongsi rasa bahagia apabila lagu Menghapus Jejakmu kerjasamanya dengan Ariel Noah dicalonkan dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI) 2020, namun posting terbarunya disalahertikan pengikut di Instagram apabila ramai mahu menjodohkannya dengan bekas kekasih Luna Maya itu.

Dalam hantaran itu, Bunga atau BCL meluahkan kegembiraannya apabila karya hasil kerja kerasnya itu dicalonkan dalam kategori Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020. 

Belasan tahun di industri muzik, ini adalah kali pertama aku mula memberanikan diri bertindak menjadi produser bersama Ariel Noah. Dan, gembira sekali rasanya ketika tahu kalau lagu ini dicalonkan sebagai Karya Produksi Kolaborasi Terbaik AMI 2020,” tulisnya.

Bukan ucapan tahniah je yang Bunga terima,  ramai berpendapat supaya isteri Allahyarham pelakon Malaysia, Ashraf Sinclair itu akan disatukan dengan Ariel sebagai pasangan.

“Cocok. Semoga cepat bernikah sama Ariel,” itu antara komen yang ditulis netizen di ruangan komen. 

“Cocok kalau jadi suami isteri,” tulis satu komen yang lain. 

Sedar tak sedar muzik video Menghapus Jejakmu versi ini dilancarkan di YouTube pada 14 Februari lalu dan sehingga kini sudah mencatat lebih 67 juta tontonan.

Baca juga:

“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?

Gambar Dalam Pantang Fazura Viral Hanya Kerana...

Sumber: Hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

“Kesian Oyen Kena Bebel” – Warganet Terhibur Tengok Muka Kucing Ini Kena Marah Dengan Tuan

Bagi sesiapa yang bela kucing, pasti sudah masak dengan telatah kucing masing-masing yang selalu menimbulkan masalah seperti kerap hilang, bunting dan suka 'membuang' di rumah jiran.Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial TikTok telah berkongsi videonya sedang memarahi kucing bernama Oyen kerana keluar merayap ke rumah jirannya."Duduk rumah sendiri, jangan pergi rumah orang. Awak tu anak dara, kena tangkap dek orang besok, balik rumah bunting," kata tuannya.Lihat video penuh... Klik untuk […]

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *