Tidak boleh dinafikan lagi memang banyak sektor yang terjejas sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lagu akibat penularan wabak COVID-19. Ramai juga tidak lama lepas itu diberhentikan kerja kerana syarikat tidak mampu lagi membayar gaji. Dari situ, ada yang cuba untuk berniaga bagi menampung perbelanjaan harian. Buat mereka yang bergelar usahawan pula, situasi ini bagai mimpi buruk apabila perniagaan terjejas dan semakin hari bertambah parah.

Namun, peniaga yang berhati kental tetap meneruskan perniagaan dengan cuba untuk mengadaptasi dengan situasi semasa. Mereka yang diberhentikan kerja pula, ada yang bertindak kreatif menjual nasi lemak dengan menggunakan nama ‘Nasi Lemak Kena Berhenti Kerja.’
Buat peniaga yang menawarkan perkhidmatan seperti wedding planner pula, kekusutan kian melanda apabila pelanggan mula meminta deposit dikembalikan tanpa memikirkan kos yang sudah ditanggung pihak wedding planner. Selain itu, gaji pekerja-pekerja juga perlu difikirkan dengan tiada hasil pendapatan yang masuk. Itulah antara kepayahan yang dilalui oleh rakyat di negara ini semenjak pandemik COVID-19 melanda negara.
Peniaga Antara Golongan Yang Kreatif Dan Kental
Menurut Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), belanjawan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dilihat lebih kepada membantu mereka yang benar-benar terjejas dan membendung penularan wabak COVID-19. Manakala bantuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pula dilihat kurang diterima. Bagaimanapun, beliau tetap menyatakan tidak mustahil pada tahun hadapan selepas mendegar keluhan para peniaga, kerajaan akan mengumumkan perbelanjaan tambahan pula.

Selain itu, beliau turut akui sejak PKP dilaksanakan pada awal tahun ini, ramai PKS yang pantas dan kreatif dalam menyesuaikan perniagaan mereka dengan keadaan semasa. Ada yang mula menggunakan platform digital dan ada juga yang mencuba perniagaan lain sesuai dengan norma baharu.
Dari pihak kerajaan pula, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya, mulai Ahad ini. Bagaimanapun, peniaga perlu memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma. Langkah ini dilihat antara galakan yang diperlukan oleh PKS.
Sektor Pelancongan Dalam Negara Boleh Dirancakkan Kembali
Mengulas lanjut mengenai penambahan yang perlu ada dalam belanjawa 2021, Ahmed Razman berkata sektor pelancongan antara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan. Dengan perkhabaran berita tentang penemuan vaksin COVID-19, ia mampu untuk mengembalikan kenyakinan rakyat untuk kembali keluar dari rumah dan merancakkan ekonomi setempat. Tambahannya lagi, selain kempen beli barangan Malaysia, kempen melancong dalam Malaysia juga harus diperhebatkan.
Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.
Baca juga artikel menarik lain:
#Belanjawan2021, Ini Kenapa JASA Diperuntukkan 85 Juta!
Tindakan Bila Ada Ahli Keluarga Perlu Kuarantin
Post comments (0)