Perkembangan semasa angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengenai anak-anak beliau memang dinanti-nanti oleh peminatnya. Cara didikan serta asuhan yang dkongsikan oleh beliau di ruangan Instagram, mendapat perhatian ramai terutama ibu bapa.
Apabila beliau mengumumkan, isterinya Datin Dr Halina Mohd Yunus hamil anak kembar sebelum ini, ramai mengucapkan rasa gembira dan tidak sabar untuk menanti kehadiran kembar tersebut. Ia adalah kembar kedua pasangan itu, dan kembar pertama sudah pun berusia tiga tahun bernama Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Kehamilan kembar semenangnya membawa pelbagai risiko sebagaimana pengalaman mereka sebelum ini. Terbaru, perkongsian beliau di laman instagramnya mengundang kerisauan ramai.
Ini kerana, isterinya mengalami situasi kritikal yang dipanggil Preeklampsia yang boleh membawa maut kepada si ibu juga anak yang dikandung jika tidak mendapat rawatan rapi.
Keadaan Dr Halina agak kritikal kerana mengalami preeklampsia yang boleh membawa maut kepada si ibu juga si kembar jika tidak dirawat.
Keadaan ini biasanya menyerang kepada kandungan berusia 34 minggu yang juga mempunyai tekanan darah tinggi, bengkak dan kehadiran protein pada air kencing.
Plan asal adalah untuk melakukan pembedahan caesarean esok, namun kami berharap jika ia dapat dilewatkan sedikit masa lagi.
Berita baik, kepala bayi sudah pun berada di kedudukan betul, namun bersalin secara normal bukanlah pilihan yang kami ada buat waktu ini.”
Tanda-tanda Preeklampsia pada ibu hamil
1.Tekanan darah tinggi
Tanda preeklampsia ini biasanya paling umum dan mudah dikesan. Keadaan ini dikesan dengan bacaan tekanan darah mencecah 140/90 bahkan lebih. Jika keadaan ini terjadi di minggu ke-20 kehamilan dan ibu tiada sejarah darah tinggi, maka kena buat pemeriksaan lanjut.
2.Adanya protein di dalam air kencing
Proteinuria atau kewujudan protein di dalam air kencing juga biasanya menunjukkan keadaan preeklampsia. Ini kerana, preeklampsia boleh merosakkan buah pinggang yang berfungsi menyaring cairan dalam tubuh.
3.Bengkak
Bengkak adalah normal, tetapi sekiranya muka, mata, dan tangan turut membengkak, maka anda perlu bimbang kerana ia adalah tanda preeklampsia. Jika mengalami keadaan ini, segera berjumpa dengan doktor.
4.Sakit kepala
Sakit kepala sama ada yang ringan atau berat, berdenyut mungkin menjadi salah satu gejala preeklampsia yang tidak boleh dipandang ringan apatah lagi jika keadaan ini kerap berlaku pada minggu ke-20 kehamilan. Jika sakit kepala tidak juga hilang setelah anda berbaring bahkan disertai dengan perubahan penglihatan serta sensitif terhadap cahaya maka segera berjumpa doktor.
5.Kenaikan berat badan secara tiba-tiba
Berat badan yang meningkat secara tiba-tiba sebanyak satu kilogram dalam seminggu boleh menjadi salah satu ciri anda mengalami preeklampsia. Ini kerana, pembuluh darah yang rosak memungkinkan air bocor dan masuk ke berbagai jaringan badan dan tidak masuk ke buah pinggang untuk seharusnya dikeluarkan melalui air kencing.
Baca juga:
“See You Next Year Malaysia!” Zahirah MacWilson Mahu Bersalin Di Luar Negara?
Gambar Dalam Pantang Fazura Viral Hanya Kerana..
Sumber: Instagram
Post comments (0)