Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya

today4 November 2020

Background

Sejak isu saman menjadi topik perbualan, ramai terkejut kerana tidak menyangka yang bekas suami Datuk Seri Vida (DSV) sanggup bertindak sedemikian dan berteka-teki tentang apa sebenarnya punca kepada masalah ini.

Menurut laporan daripada pelbagai portal, bekas suami DSV Mohd Amin Yasin, 42, diwakili peguamnya, Mohd Zaki Zainal Abidin dan dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) dengan dua anaknya Edlynn Zamilleen, 15, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan,13, atau lebih dikenali sebagai Kacak.

Disebabkan kisah ini mendapat perhatian ramai, ada yang berkongsikan ciapan oleh Cik B sendiri mengenai kisah hidupnya pada masa kecil.

Walaupun thread ini telah di post pada hujung tahun 2019, namun ia seakan menjawab pertanyaan netizen mengenai sebab DSV bertindak menjauh daripada bekas suami.

“Masa CikB kecik CikB selalu kena dera dengan bibik CikB kena kurung kena pukul kena semua lah pastu masa CikB kecik ayah kandung CikB dera mama jugak pukul pukul sampai nak bakar rumah sebab mama tak kasi duit…ayah cikb kaki mabuk kaki rempit semua kaki dia ada..”

“Ayah CikB  pulak selalu ugut mama nak potong tangan abg CikB Kalau tak kasi duit..pastu ada satu hari tu ayah CikB bawak lari CikB ke rumah dia pastu mama pun ambil CikB balik rumah sampai gaduh2 dgn ayah kandung CikB..”

Walaupun mama dgn ayah CikB dah cerai setiap bulan dia mintak duit Tapi mama pun kasi jelah—- Mama sebenarya dulu kena buang dgn mak mama sendiri pastu mok jah,abah ajit jaga mama..Tapi bila mama besar mama cari mak mama balik..”

Ramai terkejut dengan perkongsian Cik B dan memberikan kata semangat kepadanya kerana beliau adalah seorang yang kuat.

Bagaimanapun, sehingga kini DSV sendiri masih belum memberikan sebab sebenar menjauhkan anak-anaknya daripada bekas suami. Diharapkan kedua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

 

Baca juga:

“Ada Hubungi Cik B & Kacak, Tidak Berjawab..”- Bekas Suami DSV Mahu Hak Lawatan Anak

Kelakar Reaksi Cik B Bila Tengok Diri Sendiri Dalam TV

 

 

 

Sumber: Twitter

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

Bakal Bersara Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Perniagaan Dapur Gerak Khas

Mengulas mengenai penggunaan nama Gerak Khas untuk gerainya, Deen berkata dia sudah mendapat keizinan daripada Datuk Yusof Haslam sendiri.Tambahnya, dia selalu berinteraksi dengan Datuk Yusof Haslam dan beliau memesan agar menjaga kualiti kerana Gerak Khas adalah nama yang besar.Tidak hanya itu, dia juga melakukan food testing terlebih dulu kepada beliau untuk merasai sendiri dan memberi pendapat. Sementara itu, walaupun dia sibuk dengan perniagaan dia tetap akan menerima tawaran... Klik untuk baca […]

today4 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *