Orang kata malang tidak berbau. Itulah yang berlaku kepada seorang penyanyi baru-baru ini.
Tiada siapa menyangka kemunculan seorang lelaki ke kedai runcitnya baru-baru ini membawa kepada kes samun.
Perkongsian Lan Solo di laman instagramnya baru-baru ini sungguh mengejutkan. Katanya kedai runcit miliknya dan isteri Shiela di Puchong disamun petang semalam.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, individu terbabit melarikan wang tunai lebih RM500. Lelaki terbabit muncul secara tiba-tiba dan meminta wang RM500 sebelum menyuruh pekerja mereka menyerahkan semua wang dalam mesin juruwang di kaunter bayaran.
“Ketika kejadian, saya dan Lan berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjayakan raptai sebuah program hiburan. Ketika itu, pekerja kami menghubungi kami bertalu-talu tetapi saya abaikan kerana nak fokus kepada acara itu.

“Sebaik selesai, saya terus hubungi mereka semula dan dimaklumkan mengenai kejadian itu. Kami terus periksa kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat rakaman kejadian itu.
“Memang dia buat kerja sangat pantas dan tak sampai tiga minit pun. Dia datang mengugut pekerja kami kononnya meminta bayaran untuk barang yang kami pesan sedangkan kami tidak pesan apa-apa pun,” katanya.
Menurut Shiela, ketika kejadian hanya dua pekerja berada di kedai itu.
Katanya, walaupun dua pekerja itu masih trauma dengan kejadian itu, namun dia bersyukur kerana mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.
Bagaimanapun, mereka yang mengenali individu di bawah ini diharap dapat memberikan kerjasama dengan memaklumkan kepada pihak berkuasa agar tindakkan selanjutnya dapat dilakukan.

Dalam perkongsian Lan di posting terbaru instagramnya, dia seakan reda dengan apa yang berlaku dan percaya ada hikmah di sebaliknya.
View this post on Instagram
Baca juga:
BCL Ditegur Doktor Kerana Lakukan Swab Test Sendiri
Isteri Irwansyah Kerap Minta Cerai Dalam 10 Tahun Perkahwinan
Sumber: Instagram, Hmetro
Post comments (0)