Hazirah Qasdina Hazali atau lebih mesra dengan panggilan Eyra Hazali mula dikenali sejak membintangi telefilem Anak-Anak Lorong. Dari situ, bakatnya mula dilihat oleh ramai pengarah.
Dalam kesempatan itu, sebuah produk telah menggunakan gambarnya dalam mempromosikan produk tanpa pengetahuannya. Lebih mengejutkan lagi, bukan gambar dia seorang tapi bersama keluarganya.
Iklan itu telah sampai ke pengetahuannya dan Eyra meminta orang ramai agar membuat laporan terhadap posting tersebut.
Dalam pada masa yang sama, dia telah menghubungi penjual tersebut untuk meminta pihak mereka memadam iklan tersebut kerana Eyra tidak dibayar dalam mempromosikan produk mereka.
Malangnya, pihak mereka berdegil melakukan apa yang diminta walaupun Eyra sudah memaklumkan akan melaporkan kes ini kepada pihak berkuasa.
Salam semua,anyone yang terjumpa iklan ni please report ! I dah contact that person tp dia still taknak delete sebab tak percaya tu gambar eyra. Even ugut nk report police pun dia tak takut. Please spread this! 🙏🏻 pic.twitter.com/BzhA2bGAZI
— EH (@EyraHazali21) February 10, 2021
Pelakon drama bersiri Nur itu juga menyamar menjadi pembeli untuk ‘mengorek’ tentang produk ini tapi juga gagal kerana kesemua akaun telah pun disekat oleh penjual.

Bagaimanapun, pihak Eyra masih berlembut kerana ingin berurusan bersama pihak atasan produk itu sendiri dengan menghantar email untuk mendapatkan penjelasan berbanding terus membuat laporan polis.
Pihak kami mendoakan agar isu ini dapat diselesaikan dengan cepat supaya nama keluarga Eyra tidak disalah gunakan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Eyra Hazali Titip Ucapan Romantis Buat Suami Sempena Hari Jadi
Kurniawan Dwi Yulianto Mahu Jorge Pereyra Diaz Perkuatkan Sabah
Sumber: twitter
Post comments (0)