Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Lain Macam! Suami Benarkan Isteri Peluk Bekas Teman Lelaki Ketika Bersanding

today21 January 2021

Background

Yang sudah baca tajuk mesti ingat perkara ini bahan gurauan atau hanya clickbait kan? Mungkin sudah hilang akal suami nak benarkan si isteri berpelukan di atas pelamin dengan bekas teman lelaki disaksikan ramai pengunjung yang hadir. Namun ia berlaku gais!

Malah, video tersebut sempat dirakam dan dikongsi di TikTok oleh salah seorang tetamu mereka. Kejadian ini berlaku kepada pasangan pengantin di Indonesia dan menjadi viral kerana perkongsian video tersebut.

Jika dilihat video tersebut, bekas kekasih pengantin perempuan siap minta izin dari pengantin lelaki untuk memeluk. Mungkin kerana perasaan serba salah, si pengantin lelaki seakan terpaksa merelakan hajat lelaki tersebut.

@mayangkumayBalas @nikennalee well netizen yg terhormat semua bebas berpendapat dipersilahkan ? #fyp

♬ original sound – Mayangkumay

Dah dapat ‘green light’ apa lagi, lelaki tersebut terus peluk pengantin perempuan di khalayak ramai tanpa rasa bersalah. Kemudian memeluk pengantin lelaki sambil mengucapkan tahniah.

Hurm, yang sebenarnya penulis confuse! Adakah bekas kekasih pengantin perempuan tersebut masih belum ‘move on’ atau dia benar-benar sejenis bersahaja. Apa yang pasti, ramai kasihan dengan reaksi pengantin lelaki yang seakan terpaksa merelakan.

‘Ex’ tak ‘Ex’, peluk-peluk bukan muhrim is a No! Githew!

 

Baca juga:

Gurun Sahara & Arab Saudi Dituruni Salji, Dijangka Menjadi Hijau Tidak Lama Lagi..

Wanita Dakwa KKM Jadi Punca Dirinya Terdedah Wabak &  Positif COVID-19

 

 

 

 

Sumber: TikTok

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

BNM kekalkan kadar OPR – Kosmo Digital

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus selepas bermesyuarat semalam. BNM menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan berkata, meskipun pertumbuhan jangka pendek akan dipengaruhi oleh pelaksanaan semula langkah pembendungan Covid-19 yanglebih ketat pada tahun 2021, kesannya tidak seteruk tahun lalu. Jelasnya, trajektori pertumbuhan diunjurkan bertambah baik bermula suku kedua tahun 2021 dan... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today21 January 2021

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *