Baru-baru ini tular satu ciapan twitter mengenai tiada tindakan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika ada di kalangan kita positif COVID-19 kerana pejabat kesihatan tidak cukup staf sehingga terlampau sibuk untuk mengendali ribuan kes COVID-19.
Sekarang ni, kalau kau positive covid pon KKM tak buat apa2. Dia biar je. Tak call. Tak suruh pakai gelang. Tak bagi apa2 rawatan.
Pejabat kesihatan daerah dah busy sangat. Nak buat swab test, kena pakai duit sendiri kalau nak buat cepat. Rm200-300 sekepala.
👇🏻
— Aiman Roslan (@aimanomist) January 17, 2021
Mungkin ramai yang tidak percaya tapi perkara tersebut dilalui penyampai radio Kool FM, Rea sendiri apabila staf di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling tidak memberi maklumat telus pada mereka apa yang harus dia dan keluarga harus lakukan selepas kuarantin selama 12 hari.
“Setiap pertanyaan kami ajukan, pihak mereka cuma jawab ‘oh yeke bang?’ dan ‘oh tak tahu la saya bang’. Kalau pihak PKD tak tahu, kami lagi tak tahu. Kami tak minta pun PKD datang rumah untuk check kami bertiga. Kami ambil inisiatif sendiri ke PKD selepas kuarantin,” tulisnya menerusi insta story semalam.
Jom baca lebih lanjut…










Mencabar apa yang Rea lalui. Apa pun, kami doakan Rea dan keluarga kecilnya dipermudahkan urusan seterusnya nanti dan moga keputusan sekeluarga negatif. Rindulah nak dengar Rea berceloteh di corong radio!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Saintis Ini Dakwa Lelaki Yang Dijangkiti Covid-19 Berisiko Untuk Mandul & Tidak Subur
“95% Berkesan,” – Dato Dr Musa Mohd Nordin Yakinkan Vaksin COVID-19 Selamat
Sumber: instagram
Post comments (0)