Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Nikah Setiap Tempat Yang Dilawati, Lelaki Ini Ada 120 Isteri, 28 Anak!

today2 November 2020

Background

Tiada typo di tajuk kami dan anda membacanya dengan betul! Benar, lelaki ini telah bernikah dengan 120 orang isteri di tempat yang dikunjunginya dan tidak mustahil akan bernikah lagi.

Walaupun Thailand melarang untuk berpoligami, namun lelaki bernama Tambon Prasert seakan tidak mengendahkannya dengan bertindak extreme menikahi lebih seratus wanita. Menariknya, semua isterinya saling kenal mengenali dan mencintai Tambon. Dikatakan juga, Tambon mempunyai 28 anak hasil perkahwinan dengan isteri-isterinya.

Tambon yang berusia 61 tahun adalah seorang kontraktor, dari Bangkok dan juga Ketua Daerah di Phromnee, di wilayah Nakorn Nayok, Thailand. Katanya lagi, dia mula berkahwin sejak umur 17 tahun dan suka berkahwin dengan wanita lebih muda daripadanya. Ini kerana, wanita lebih tua suka membebel dan bertengkar.

 “Saya seorang kontraktor pembinaan dan setiap kali saya membina rumah di daerah ter­tentu, saya akan mengahwini seorang wanita di lokasi tersebut.

“Saya mencintai kesemua isteri dan tidak pernah menyembunyikan bahawa saya mempu­nyai ramai isteri serta merancang bernikah dengan lebih ramai lagi wanita,” jelasnya.

Selain itu, Prasert juga berkata, 22 isterinya tinggal di kawasan perumahan sama di daerah Phromnee, manakala yang lainnya menetap di negeri-negeri lain.

“Ketika saya memberitahu sudah berkahwin satu lagi, semua isteri bersetuju dan tidak ada yang mempersoalkannya. Mereka semua menerima keadaan itu serta tidak pernah bergaduh mengenainya dan ke­rana itu, saya menghormati mereka semua,” ujarnya.

Menurut Prasert, dia turut menyediakan sebuah rumah untuk setiap isterinya di samping menyediakan segala kelengkapan harian mereka.

“Jika mereka tidak mempunyai rumah sendiri, saya akan memberikan sebidang tanah dan membina sebuah rumah supaya mereka dapat tinggal dengan selesa,” katanya.

Lebih menarik semasa sesi wawancara itu isteri terbaharu Tambon, Nam Fon, 27, yang duduk di samping suaminya langsung tidak terkejut mende­ngar pendedahan suaminya.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada Tambon akan berdepan masalah dari segi undang-undang susulan pendedahan tersebut.

Baca juga:

(VIDEO) Umur 23 Tahun 25 Anak, 40 Tahun Wanita Ini Ada 44 Orang Anak Kandung!

Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta

Sumber: Kosmo

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

“Lah, Dekat Sini Rupanya!” – Aziz M. Osman Dedah Lokasi Warung Legend Lagi-Lagi Senario

Menurut gambar yang dimuat naik Aziz M. Osman, ternyata lokasi sebenar warung tersebut terletak di hadapan Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Selangor.Susulan tularnya tweet itu yang kini telah mendapat lebih 2,700 tanda suka dan 2,700 ulang ciap, rupa-rupanya ramai yang baru tahu lokasi sebenar warung legend tersebut.Bagi peminat tegar kumpulan lawak Senario, pastinya teruja apabila mendapat tahu tentang informasi ini kerana ianya telah menjadi tanda tanya kepada mereka sejak... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today2 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *