Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tular Video Kahwin! Illi Najwa Minta Maaf Jahil Sehingga Ada Yang Kata Dirinya Murtad?

today20 December 2020

Background

Disebabkan video majlis resepsi yang tular baru-baru ini, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique dilempar dengan pelbagai kecaman kerana dirinya yang beragama Islam dilihat berkahwin mengikut cara Punjabi dan bukannya cara Islam.

Terbaru, Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad.

Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya. Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Media India sebelum ini melaporkan Illi Najwa berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab. Rakaman video majlis resepsi perkahwinan mereka kemudian tular di media sosial dengan memaparkan Manpreet mengenakan sut perkahwinan Punjabi.

Manakala Illi Najwa memakai pakaian pengantin wanita Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan. Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Mengulas mengenai video itu, Illi Najwa berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan. Illi Najwa mengakui dia tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.

Sudah peluk Islam

Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup. Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

Sementara itu, kerajaan akan memanggil Illi Najwa Saddique yang berkahwin dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar, bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, berkata wanita itu akan dipanggil sebaik kembali ke Malaysia. Katanya, setakat ini pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung status agama wanita berkenaan.

“Bagaimanapun, berdasarkan maklumat awal yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

“Pada masa sama, kita juga tidak menerima permohonan daripada wanita berkenaan untuk berkahwin di luar negara. Menerusi pembacaan saya di media sosial, wanita berkenaan masih Islam dan lelaki itu dikatakan sudah memeluk Islam akhir tahun lalu.”

Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet.

 

 

Baca juga:

Perogol Paling Kejam Di Korea Selatan Kini Sudah Bebas!

Sakinah Bakal Tamat Zaman Janda, Akui Akan Bernikah Dengan ‘Mat Saleh’ Mei 2021

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: bharian, hmetro

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

Tiada wabak penyakit berjangkit di PPS

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada wabak penyakit berjangkit berlaku di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di beberapa negeri dilanda banjir. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai banjir yang melanda di Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga 2 petang tadi. "Seramai 8,244 mangsa dan 71 PPS dibuka dan salah satu fasiliti kesihatan iaitu Klinik Kesihatan (KK) Rantau Panjang terjejas akibat banjir... Klik […]

today20 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *