Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Berpusu-Pusu Hantar Anak Bini Balik Kampung Elak PKPB : Selamat Atau ‘Selfish’?

today14 October 2020

Background

Lebih selamat hantar anak bini ke kampung katanya…

Mungkin ramai yang akan terasa bila terbaca tajuk kepada artikel ini, kerana ramai yang berbuat demikian! Agak mengejutkan apabila lebuhraya dipenuhi kenderaan seakan musim perayaan kerana lambakkan warga kota yang berpusu-pusu melalui jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai untuk pulang ke kampung sejak petang kelmarin.

Ini berlaku sebelum penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19 di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai tengah malam 14 Oktober.

Laporan daripada Harian Metro pula mengatakan rata-rata mereka mendakwa menghantar anak dan isteri ke kampung untuk mengelak sebarang kerumitan sepanjang tempoh PKPB.

Foto: Bernama

Lebih suka tinggal seorang diri

Seorang penjawat awam di Kuala Lumpur, Zainal Abidin Sulaiman, 36, berkata, dia lebih selesa tinggal seorang diri dalam tempoh PKPB itu. Tambahan pula, katanya, tempoh PKPB itu belum diketahui sama ada dilanjutkan atau sebaliknya.

Kalau tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, tidak bimbang sangat, malah saya boleh bergerak persendirian ke mana sahaja dengan mematuhi PKPB serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Seorang lagi warga kota, Fauzi Yaacob, 41, pula berkata, dia memuji langkah kerajaan melaksanakan PKPB untuk memutuskan rangkaian Covid-19. Bagaimanapun, katanya, dia terpaksa mengambil keputusan menghantar anak dan isteri tinggal bersama keluarga di kampung di Pasir Mas.

Dalam keadaan ini, saya bimbang dengan kesihatan serta keselamatan anak dan isteri jika tinggal bersama saya di Kuala Lumpur. Adalah lebih selamat saya hantar mereka tinggal di kampung,” katanya.

Selamat atau selfish?

Tindakkan kerajaan untuk menghalang aktiviti merentas daerah dan negeri sepanjang tempoh PKPB adalah untuk menghalang penularan wabak pandemik. Dengan harapan, warga di lokasi terlibat yang berisiko tinggi, tidak bergerak menyebarkan wabak ke lokasi lain. Ini adalah logiknya larangan merentas daerah dan negeri.

Namun, jika apa yang ingin dilarang itu sudah pun berlaku pada tempoh sebelum ia dilaksanakan dengan jumlah yang mendadak, adakah ia masih berkesan lagi?

Pada ketika ini, sesiapa sahaja daripada kawasan PKPB ketika ini yang sudah pun berada di kampung halaman, anda berisiko menyebarkan wabak tersebut kepada keluarga di kampung anda tanpa anda sedari.

Umum mengetahui, ada individu yang sudah dijangkiti namun tidak menunjukkan sebarang simptom dan ia sungguh merbahaya kerana merekalah yang akan menyebarkan virus kepada orang ramai tanpa disengajakan.

Jadi, persoalannya di sini, adakah tindakkan warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung dianggap selamat atau mereka sendiri adalah seorang yang selfish?

 

 

Baca juga:

SOP Rasmi Sepanjang PKPB Di Selangor, KL &  Putrajaya

Perbezaan Antara PKPB Sabah, Selangor, KL & Putrajaya

 

 

 

 

Written by: Ainaa


Previous post

Buletin

PKPB: Sesak di sempadan daerah

Kuala Lumpur: Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang menyaksikan kesesakan teruk di sekatan jalan raya di sempadan daerah. Tinjauan Harian Metro di beberapa lokasi mendapati, orang ramai keluar seawal 7 pagi dan ada di antara mereka perlu menempuh dua sekatan jalan raya sebelum tiba di pejabat. Antara laluan yang dilaporkan sesak adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Perseketuan, Jalan Pelabuhan Klang-Kuala Lumpur, susur masuk ke... […]

today14 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *