Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Makin Lama Bantal Digunakan, Makin Bahaya Kerana..

today17 October 2020

Background

Separuh daripada kehidupan manusia banyak dihabiskan dengan tidur.”

Kegagalan mendapat tidur berkualiti menyebabkan seseorang itu berisiko mendapat pelbagai penyakit serius seperti masalah jantung dan psikologi. Untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, ramai yang mengatakan mempunyai bantal empuk dan selesa adalah faktor utama untuk dapatkan tidur yang lena.

Ya! Bantal adalah watak penting yang perlu ada untuk tidur. Ia berfungsi untuk menyokong kepala, leher, bahu, pinggul dan tulang. Namun jika anda salah menggunakan bantal ia boleh menyebabkan kesakitan selepas bangun daripada tidur seperti sakit leher, pinggang, bahu, pinggul, sendi-sendi dan saraf. Dapatkan bantuan daripada doktor pakar atau pakar fisioterapi untuk rawatan dan proses pemulihan jika mendapat sakit yang berterusan.

2 atau tiga tahun je

Selain itu, ramai yang tidak tahu bantal juga penyebab masalah sakit kulit dan pernafasan. Tempoh penggunaan bantal dikatakan hanya untuk jangka hayat dua hingga tiga tahun sahaja. Jangan sayang dan masih ingin menyimpan bantal yang sudah lama. Pentingkan tahap kesihatan anda terlebih dahulu. Kalau anda masih mahu menggunakannya selepas tempoh itu, jangan merungut jika kulit wajah kamu rosak akibat bakteria! Apatah lagi habuk mudah meresap ke dalam kekabu bantal dan menyebabkan anda sering mengalami masalah pernafasan seperti asma dan sinus.

Sebelum membeli bantal baru pastikan bantal yang bakal diletakkan di bawah kepala anda tidak terlalu tebal atau nipis untuk mengelakkan leher berada pada kedudukan tertekan. Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk dapatkan tidur yang sempurna dengan menggunakan bantal. Antaranya:

  • Sebaiknya tidur dengan posisi mengiring atau menelentang. Pastikan bantal cukup tebal semasa tidur mengiring untuk mengurangkan tekanan di bahu, pinggul dan belakang.
  • Jika anda suka tidur meniarap dengan kepala di sisi atas bantal boleh menimbulkan kesakitan. Keadaan ini boleh mempengaruhi mood, kemahiran berfikir dan selera makan. Elak tidur dalam posisi ini tau!

Setiap kali sebelum dan selepas tidur, pastikan anda pegang di kedua-dua bahagian tepi bantal dan lakukan pergerakan menarik serta menolak ke bahagian tengah bantal. Tumbuk bantal di bahagian sisi tepi. Squeeze bantal untuk pastikan kekabu bantal sentiasa empuk dan rata di setiap penjuru bantal.

Jika bantal anda menjadi semakin menipis, jemurkan dengan segera bantal anda di bawah cahaya matahari dalam masa beberapa jam.

Sumber: 123rf

Rajin-rajinkan juga membasuh bantal ya. Selepas bantal siap dicuci, masukkan ke dalam mesin pengering. Letakkan sebiji bola tenis yang dibalut bersama stokin ke dalam mesin. Bola tersebut akan membantu mengembalikan keempukkan bantal. Jika tidak, bantal anda akan keluar dari mesin pengering dalam keadaan leper. Selamat mencuba!

 

 

 

Baca juga:

Ini Rupanya Sebab Kucing Suka Tidur Bersama, Tapi Selamat Ke?

Buka Tingkap Sedikit Jika Ingin Tidur Dalam Kereta? Ini Sebenarnya Kurang Tepat

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: FB Ejen Bantal id wikihow

Written by: Ainaa


Previous post

Sukan

Tempat Bale belum terjamin | Harian Metro

London: Gareth Bale dijangka diturunkan buat kali kedua bersama Tottenham apabila bertemu West Ham esok namun Jose Mourinho mendakwa tempat bintang Wales itu belum terjamin ketika beliau mengagumi mempunyai barisan pemain terbaik. Bale kembali ke kelab Utara London itu selepas dipinjamkan selama semusim dari Real Madrid selepas tujuh tahun melalui prestasi turun naik bersama gergasi Sepanyol itu. Dia menjaringkan gol di dua final Liga Juara-Juara ketika Madrid memenangi saingan itu […]

today17 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *