Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

[VIDEO] Kuman Bergerak-Gerak Pada ‘Face Mask’ Yang Telah Digunakan, Taubat Guna Banyak Kali!

today28 October 2020

Background

Sejak 1 Ogos lalu, pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat-tempat awam dek kerana pandemik COVID-19 yang bagai tiada akhirnya melanda negara.

Jenis pelitup muka yang dicadangkan adalah pelitup muka 3 lapis pakai buang atau jika anda tidak bergejala, anda boleh menggunakan pelitup muka fabrik namun dinasihatkan menggunakan filter tambahan.

Walau sudah dinasihat untuk terus buang pelitup muka pakai buang selepas digunakan, ramai lagi yang menggunapakai semula. Dan cara itu adalah salah, malah bahaya kepada manusia.

Video yang dikongsikan di laman sosial ini membuka mata ramai mengenai betapa bahayanya memakai topeng muka terlalu lama, malah lagi bahaya jika menggunakan semula pelitup muka pakai buang yang sama berulang kali.

Pelitup muka yang telah digunakan diletakkan di bawah mikroskop untuk melihat apa yang ada pada permukaan tersebut secara lebih detail. 

Kelihatan terdapat benda hidup kecil bergerak-gerak dan ia sungguh menakutkan.

Benda hidup berwarna hijau di dalam bulatan merah dilihat bergerak-gerak pada pelitup muka pakai buang yang telah digunakan.

Sebenarnya, orang ramai dinasihat supaya menukar atau mencuci pelitup muka selepas menggunakannya selama empat hingga enam jam bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit lain. Sekiranya tidak ditukar kuman mungkin terkumpul pada topeng tersebut.

Hm, samalah seperti virus COVID-19, kita tidak boleh nampak pada mata kasar. Namun, apa yang boleh kita lakukan adalah terus jaga diri, jaga kebersihan dan jangan guna topeng pelitup muka pakai buang berulang kali okay?

 

Baca juga:

Dapat Vaksin COVID-19 Secara Percuma!

(VIDEO) Umur 23 Tahun 25 Anak, 40 Tahun Wanita Ini Ada 44 Orang Anak Kandung!

 

 

 

 

 

 

 

Written by: Ainaa


Previous post

Gaya Hidup

NASA Jumpa Air Di Bulan, Orang Selangor Pula Bikin Riuh Sampai Dapat Perhatian Saintis USA

Sudah tentu, air yang ditemui adalah air yang sama seperti yang kita minum di bumi. Tetapi, kandungannya sangat sedikit dan hanya beberapa ribu kilogram tanah bulan perlu diproses untuk mendapatkan 1 kilogram air tersebut.Namun, yang menjadi persoalannya bagaimana terhasilnya air di bulan? Ia sangat menjadi tanda tanya. Disebabkan itu, scientist merasakan ia terbentuk daripada pelanggaran mikrometeorit dengan permukaan lunar.Ia ditambah dengan sinar kosmik dan agin solar. Jadi, molekul... Klik untuk […]

today28 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *