Tak perlu bodek menteri, fokus siapkan kerja, Loke beritahu kontraktor
Loke Siew Fook berkata, prestasi SMH Rail Sdn Bhd akan dipantau kementeriannya. PETALING JAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mengingatkan kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan hanya perlu fokus menyiapkan kerja dengan baik, bukannya cuba membodek menteri. Katanya, tidak perlu “kenal menteri” dalam situasi sedemikian. “Bagi kerajaan semasa, anda tak perlu kenal menteri, anda hanya perlu tahu siapkan kerja anda. “Paling penting, buat kerja anda dengan baik,” katanya pada majlis penyerahan […]