Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4431 Results / Page 438 of 493

Ekonomi

Rakan kongsi logistik lebih tangkas bawa perubahan positif kepada perniagaan

EKONOMI kini sudah dibuka sepenuhnya dan banyak perniagaan telah mula beroperasi semula. Tahun baru yang akan datang adalah seruan jelas bagi peniaga untuk memulihkan perniagaan mereka daripada jualan yang perlahan sepanjang tempoh pandemik. Justeru, model operasi yang mampan amat diperlukan oleh setiap syarikat untuk menghadapi segala kemungkinan, terutamanya bagi memenuhi permintaan yang meningkat semasa musim puncak. Ketua Pegawai Eksekutif Kairos Agriculture, Ezra Tan, 34, berkata, pihaknya akan menumpukan perhatian kepada […]

today29 December 2021

Ekonomi

Persatuan PKS gesa strukturkan semula bayaran cukai 2021

PETALING JAYA – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) menggesa kerajaan supaya mengumumkan penstrukturan semula pembayaran cukai bagi tahun 2021, khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini. Pengerusinya, Datuk William Ng berkata, keutamaan kerajaan sekarang sepatutnya adalah membantu PKS memelihara aliran tunai mereka supaya bayaran gaji dan pembekal dapat diteruskan. “Samenta menyarankan kerajaan pusat dan negeri agar turut mengecualikan pembayaran lesen buat […]

today29 December 2021

Ekonomi

Giant sumbang RM100,000 untuk mangsa banjir Klang

PETALING JAYA – Giant men­yumbang wang tunai berjumlah RM100,000 untuk membantu keluarga di Klang dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir besar yang berlaku baru-baru ini. Sumbangan tersebut dise­rahkan kepada Yayasan MyKasih untuk agihan segera kepada ke­luarga terkesan, yang mana setiap keluarga bakal menerima RM100 untuk membeli makanan dan barangan keperluan lain. Ketua Pegawai Eksekutif DFI Retail Group Asia Tenggara, Chris Bush berkata, pihaknya turut bersedih dengan bencana tersebut dan […]

today29 December 2021

Ekonomi

Badrul Hisham Ketua Eksekutif baharu IRDA

PETALING JAYA – Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Badrul Hisham Kassim, 54, dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang baharu berkuat kuasa 1 Januari 2022. IRDA dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Ahli-Ahli Pihak Berkuasa IRDA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad baru-baru ini bersetuju atas pelantikan Badrul Hisham bagi menggantikan Datuk Ismail Ibrahim yang bersara […]

today29 December 2021

Ekonomi

Hapus baki hutang mangsa banjir

PETALING JAYA – Bantuan berbentuk pinjaman untuk mangsa banjir, meskipun ditawarkan tanpa sebarang faedah bukanlah langkah penyelesaian kepada kemelut kewangan mereka kerana ia hanya akan menambah beban hutang mangsa tanpa mengambil kira hutang-hutang mereka sebelum ini. Timbalan Presiden Gerakan Keadilan Monetari Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, pihak bank disarankan supaya menghapuskan baki hutang mangsa banjir yang paling teruk terjejas bagi memberikan peluang kepada mereka memulakan hidup […]

today29 December 2021

Ekonomi

Northport, Westport, iHEAL tawar vaksin penggalak

PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd. (Northport), Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports) dan Pusat Perubatan iHEAL (iHEAL) telah bekerjasama menganjurkan Program Pemberian Vaksin Penggalak Covid-19 dengan objektif untuk meningkatkan imuniti pekerja pelabuhan dan komuniti Pelabuhan Klang terhadap virus Covid-19. Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, program vaksinasi penggalak yang bermula pada 17 Disember lalu itu akan berlangsung selama lebih kurang dua bulan di Dewan Kelab Sukan […]

today28 December 2021

Ekonomi

BANM Capital tawar RM3 juta untuk belia

PETALING JAYA – Golongan belia yang berumur antara 21 hingga 30 tahun berpeluang untuk menceburi perniagaan khusus­nya dalam bidang makanan dan minuman (F&B) melalui program BANM Youth Start Up Project. Program yang menawarkan dana sebanyak RM3 juta itu memfokuskan kepada usaha syarikat untuk membantu kira-kira 300 belia bagi memulakan perniagaan dalam bidang-bidang berkaitan. Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BANM Capital, Sherman Heng berkata, generasi masa kini lebih berani dan sukakan […]

today28 December 2021

Ekonomi

Peraduan masak pasta San Remo

PETALING JAYA – Pengedar eksklusif Pasta San Remo, GBA Corporation Sdn. Bhd. (GBA Corporation) menganjurkan pe­raduan ‘Cepat Masak 3 Minit’ yang menawarkan tiga hadiah utama berupa Philips All-In-One Cooker Multicooker bernilai RM949 setiap satu. Peraduan yang sedang berlangsung dari 20 Disember hingga 30 Januari ini turut memperuntukkan hadiah mingguan berupa produk San Remo bernilai RM150 setiap satu kepada pemenang yang bertuah. Timbalan Pengurus Besar GBA Corporation, Melissa Tan berkata, untuk […]

today28 December 2021

Ekonomi

Bantuan RM1 juta untuk koperasi terjejas banjir

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1 juta untuk koperasi yang terjejas akibat banjir. Menterinya, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, nilai maksimum yang akan diberikan kepada setiap koperasi yang la­yak adalah sebanyak RM30,000. “Bantuan ini tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian […]

today28 December 2021