Bantuan RM1 juta untuk koperasi terjejas banjir
PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memperuntukkan bantuan permulaan sebanyak RM1 juta untuk koperasi yang terjejas akibat banjir. Menterinya, Tan Sri Noh Omar dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berkata, nilai maksimum yang akan diberikan kepada setiap koperasi yang layak adalah sebanyak RM30,000. “Bantuan ini tidak terhad untuk premis koperasi yang terjejas banjir sahaja, tetapi juga untuk membiayai kerosakan dan kerugian […]