Organisasi kurang tindakan tangani perubahan iklim
PETALING JAYA – Kebanyakan organisasi di Malaysia didapati belum bersedia untuk bertindak dalam menangani cabaran perubahan iklim, berdasarkan laporan Tindakan Iklim dan Profesion Perakaunan: Membina Masa Hadapan Yang Mampan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA). Laporan tersebut mengandungi pandangan daripada lebih 3,000 akauntan dan profesional kewangan dari sektor korporat, awam, perkhidmatan kewangan dan badan tidak bermotifkan berkeuntungan di seluruh dunia. Perunding Polisi Kanan ACCA untuk ASEAN, Australia dan New Zealand, […]