Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4435 Results / Page 452 of 493

Ekonomi

Temerloh Catering cadang buka tiga outlet

SHAH ALAM – Restoran ­berasaskan masakan ikan patin, Temerloh Catering menyasarkan pembukaan tiga cawangan baharu di sekitar Lembah Klang pada tahun depan. Pengarah Urusan Temerloh Catering Sdn. Bhd., Khairul Izwandy Abdul Jazam berkata, restoran yang menawarkan aneka sajian asli masyarakat Pahang itu dijangka dibina di Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya, Gombak atau Kuala Lumpur. Menurutnya, pembukaan restoran ini telah dirancang awal tetapi kerana pelaksanaan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka […]

today19 November 2021

Ekonomi

WZ Satu cadang ambil alih CESSB dengan nilai RM140 juta

PETALING JAYA –  WZ Satu Berhad (WZ Satu) bercadang  mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Citaglobal Engineering Services Sdn. Bhd. (CESSB) daripada Citiglobal Sdn. Bhd. dengan pertimbangan pembelian indikatif sebanyak RM140 juta. Cadangan pengambilalihan itu hadir bersama jaminan keuntungan bersih agregat sebanyak RM60 juta untuk tiga  tahun kewangan penuh berakhir 2022, 2023 dan 2024. Berhubung cadangan pengambilalihan tersebut, WZ Satu telah memeterai perjanjian terikat (BA) dengan Citiglobal untuk meneroka dan […]

today18 November 2021

Ekonomi

MSD mula bersiaran secara online

PETALING JAYA – Minggu Saham Digital (MSD) 2021 yang bersiaran secara online bermula semalam sehingga 23 November 2021 bakal dilancarkan secara rasmi pada tengah hari ini. Pelancaran inisiatif literasi kewangan dan pelaburan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu, yang membawa tema #LaburBersama akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. MSD adalah adaptasi digital Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang telah dianjurkan secara fizikal selama dua dekad sejak […]

today18 November 2021

Ekonomi

Wasiyyah lancar hibah akaun CDS

PETALING JAYA – Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah), syarikat amanah patuh syariah dan penyedia hibah terbesar di Malaysia mengumumkan pelancaran perkhidmatan terbaharunya, hibah akaun pelaburan Sistem Depositori Pusat atau CDS. Kemudahan itu membantu pelabur menghibahkan akaun pelaburan CDS mereka kepada sesiapa yang mereka kehendaki. Ia mengikut formula agihan seperti yang mereka hajati untuk pasa­ngan, anak, anak angkat, adik-beradik atau sesiapa juga tanpa mengira perhubungan dengan pemberi hibah. Sekiranya penerima di bawah […]

today18 November 2021

Ekonomi

Tune Protect, Air Asia lancar Covid Travel Pass

PETALING JAYA – Tune Protect dan AirAsia melancarkan Covid Travel Pass sebagai kemudahan tambahan untuk pelancong penerbangan antarabangsa memenuhi syarat perlindungan insurans mandatori yang ditetapkan kerajaan. Pelan tersebut kini tersedia untuk pelancong ke Langkawi dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand, sebelum bakal diperluaskan ke destinasi-destinasi lain. Kemudahan berkenaan lengkap dengan perlin­dungan Covid-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi supaya mempunyai perlindungan insurans sebanyak […]

today18 November 2021

Ekonomi

SMO bantu melonjakkan semula perniagaan terjejas akibat Covid-19

PETALING JAYA – Langkah mendigitalkan perniagaan menerusi penyertaan kempen Shop Malaysia Online (SMO) nyata membuahkan hasil kepada pengusaha Restoran Abu & Co. Ini kerana kedua-dua cawangan restoran yang berada di di Johor iaitu di Tampoi dan Pulai kini masih kekal beroperasi walaupun mengharungi musim pandemik yang cukup mencabar ketika ini. Salah sebuah cawangan Restoran Abu & Co yang terletak di Tampoi, Johor Bahru. Menurut pemilik Restoran Abu & Co, Sulaiman […]

today17 November 2021

Ekonomi

Uthmaniah melabur RM3 bilion di Cyberjaya

SHAH ALAM – Uthmaniah Pro­perties Development Sdn. Bhd. (Uthmaniah) melabur kira-kira RM3 bilion untuk membangunkan Bandar Perubatan Uthmaniah di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya. Projek yang melibatkan kawasan seluas 10.8 hektar itu akan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dan bakal menempatkan Pusat Kanser Antarabangsa Uthmaniah (UICC). Pengerusinya, Datuk Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, pusat kanser itu dijangka dibina seawal bulan Februari tahun depan. “Selain UICC, turut dibina di bandar ini […]

today17 November 2021

Ekonomi

Figura mahu lahirkan jutawan tahun depan

PETALING JAYA – Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura), pengeluar produk penjagaan kesihatan, mengunjurkan produk terbaharunya, Figura S dan Figura bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran tempatan dan khususnya daripada kumpulan sasarannya. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid berkata, buat masa ini, dua produk berkenaan mencatat jualan sehingga RM1.1 juta selepas empat bulan syarikat mula beroperasi. Bersandarkan kepada perkembangan baik tersebut, syarikat menyasarkan hasil jualannya akan bertambah sekali ganda dalam […]

today17 November 2021

Ekonomi

Pos Malaysia catat rugi RM40.5 juta

PETALING JAYA – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM40.5 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 September 2021 berbanding kerugian yang lebih tinggi dalam suku sebelumnya iaitu RM119.4 juta. Penurunan kerugian tersebut ekoran pelaksanaan pelan pemulihan yang dilaksanakan kumpulan termasuk pengurusan kos yang ketat. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Brewer berkata, pendapatan bagi suku ketiga menurun sebanyak 13.9 peratus berbanding tempoh sama […]

today17 November 2021