Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 483 of 495

Ekonomi

DHL selesa pilih pengangkutan darat

PETALING JAYA – DHL Global Forwarding, pakar pengangkutan antarabangsa terkemuka di bawah Deutsche Post DHL Group meramalkan pertumbuhan kukuh dan berterusan dalam pengangkutan jalan raya rentas sempadan di rantau Asia Tenggara. Trend tersebut dimaklumkan dalam kertas putih Pengangkutan Asia Tenggara: Menuju ke Arah Pertumbuhan yang diterbitkan semalam.Pasaran pengangkutan jalan ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan melebihi lapan peratus pada tahun 2020 hingga 2025. Pertumbuhan perniagaan dan perbelanjaan pengguna dalam platform […]

today19 August 2021

Ekonomi

Dana produk GO+ kini patuh syariah

PETALING JAYA – Kumpulan Touch ‘n Go dan Principal Asset Management (Principal) mengumumkan dana Principal e-Cash yang ditawarkan Touch ‘N Go melalui GO+ kini patuh syariah. Pengenalan dana ini menjadikan GO+ produk eWallet pertama di Malaysia yang menawarkan dana patuh syariah. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid berkata, ketika pihaknya melancarkan dana GO+ sebelum ini, ada permintaan da­ripada pengguna agar dana asas­nya mematuhi syariah. “Kami mendengar […]

today19 August 2021

Ekonomi

Produktiviti buruh naik 13.6 peratus

PUTRAJAYA – Produktiviti buruh negara bagi suku kedua tahun ini meningkat 13.6 peratus berbanding suku-suku tahun sebelumnya.Ia peningkatan pertama direkodkan selepas lima suku tahun sebelum ini mengalami penurunan bermula tahun lalu. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, produktiviti buruh negara yang diukur dari segi nilai ditambah per pekerja meningkat kepada RM22,513 per pekerja pada suku kedua berbanding RM22,117 per pekerja pada suku pertama. “Produktiviti buruh mengikut nilai ditambah […]

today19 August 2021

Ekonomi

Usaha sama IBFIM, Unissa perkukuh kewangan Islam

PETALING JAYA – Usaha sama antara Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (Unissa) yang dimuktamadkan semalam bakal me­nyaksikan program persijilan IBFIM, Kelayakan Bersekutu dalam Kewangan Islam (AQIF) ditawarkan kepada pelajar dan tenaga pengajar universiti itu untuk tempoh tiga tahun. Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, Yusry Yusoff berkata, kerjasama itu adalah susulan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani pada 2017. Sehingga kini, program tersebut […]

today19 August 2021

Ekonomi

Johor Port sumbang RM1 juta kepada UTM

PETALING JAYA – Johor Port Berhad (Johor Port), ahli Kumpulan MMC, telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tabung Endowmen ditubuhkan untuk membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik tetapi menghadapi kesukaran untuk membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup mereka. Tabung tersebut telah dibangunkan pada tahun 2013 dan jumlah yang terkumpul kini adalah sebanyak RM8 juta. Dana itu […]

today18 August 2021

Ekonomi

PFS 2021 galak siswazah ceburi perniagaan francais

PUTRAJAYA – Kerajaan ­menyokong penuh pembangunan industri francais secara norma baharu khususnya dalam kalangan siswazah bagi memastikan aktiviti pembangunan kepimpinan dan keusahawanan mahasiswa dapat diteruskan walaupun dikekang oleh pandemik Covid-19. Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, penganjuran Program Francais Siswa (PFS) 2021 misalnya mencerminkan komitmen kerajaan untuk menarik minat mahasiswa menceburi perniagaan francais. “Saya melihat PFS ini adalah […]

today18 August 2021

Ekonomi

SM4RT TANI sedia teknologi digital untuk golongan petani

PETALING JAYA – Platform teknologi pertanian tempatan, SM4RT TANI menawarkan ­penyelesaian berasaskan awan dan teknologi Internet of Things (IoT) kepada golongan petani bagi membantu mereka meningkatkan kecekapan serta produktiviti. Pengasas SM4RT TANI, Hafeiz Hassan berkata, platform berkenaan akan membolehkan petani mendapatkan maklumat dan bacaan relevan tentang tanaman pada masa ­nyata, seterusnya membantu mereka mengambil langkah tepat sekali gus me­ningkatkan hasil tanaman. Menurut beliau, dengan menggunakan Sigfox Xero-G Network yang dibekalkan […]

today18 August 2021

Ekonomi

Perolehan suku kedua DRB-HICOM naik 30.8 peratus

PETALING JAYA – Kumpulan DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) mencatat perolehan bernilai RM2.62 bilion untuk tempoh tigabulan berakhir 30 Jun 2021 (SK2 21) dengan  peningkatan 30.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas. Bagi  tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2021 (SP1 21), perolehan dicatat pada RM6.13 bilion iaitu naik 29.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Kumpulan merekodkan kerugian pra-cukai sebanyak RM279.53 juta untuk tempoh SK2 21, manakala kerugian pra-cukai bagi […]

today18 August 2021

Ekonomi

2/3 mahu terus bekerja dari rumah

PETALING JAYA – Lebih daripada dua per tiga, atau 69 peratus daripada responden di Malaysia dalam kaji selidik 1H Workmonitor 2021 oleh firma sumber manusia, Randstad mahu terus bekerja dari kediaman masing-masing sehinggalah vaksin Covid-19 telah diberikan secara meluas. Ia merupakan peratusan ter­tinggi di rantau ini, di hadapan Singapura, Hong Kong dan China yang masing-masing pada paras 67 peratus, 48 peratus dan 45 peratus. Kajian tersebut turut me­nemui bahawa 73 […]

today17 August 2021