Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

4453 Results / Page 488 of 495

Ekonomi

MBSB peruntuk RM5 juta untuk CERDIK

PETALING JAYA – MBSB Bank menyumbang sebanyak 3,600 peranti digital bernilai RM5 juta bagi memastikan pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih baik. Sumbangan berupa kompu­ter riba, dongle dan kad SIM itu dilaksanakan melalui program CERDIK, inisiatif daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan dan juga Yayasan Hasanah. Ia juga adalah program yang membantu mempercepatkan lagi akses digital melalui penggunaan peranti mudah alih dan […]

today6 August 2021

Ekonomi

Raikan hari kucing dengan tawaran hadiah RM26,000

PETALING JAYA – Mars Petcare mempelawa pemilik ku­cing untuk menyertai pelbagai program menarik sebagai meraikan sambutan Hari Kucing Sedunia pada bulan Ogos ini. Antara yang program yang dijalankan adalah Kempen Kediaman Mesra Bagi Setiap Kucing yang akan berlangsung di seluruh negara bertujuan untuk memberi peluang kepada pemilik haiwan berkenaan berkongsi kisah menyentuh hati masyarakat mengenai binatang. Pengarah Negara Mars Petcare Nutrition Malaysia, Wee Li Ying berkata, program ini akan menggalakkan […]

today6 August 2021

Ekonomi

Jualan Honda terjejas teruk – Kosmo Digital

Honda Malaysia menggesa kerajaan untuk membuka semula sektor automotif di bawah pematuhan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar tidak memberi kesan jangka panjang kepada pemain dalam sektor berkenaan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, usaha ini penting untuk mengelakkan penutupan perniagaan dalam rangkaian kumpulan dan juga seterusnya pemberhentian kakitangan. Menurut beliau, operasi perniagaan termasuk kilang syarikat di Pegoh, Melaka, pejabat jualan […]

today6 August 2021

Ekonomi

Iriz, Persona ditawar pada harga bermula RM40,300

PETALING JAYA – Proton me­lancarkan Proton Iriz dan Persona 2022 dengan menawarkan reka bentuk diperkemaskan serta ciri-ciri yang diperbaharui dengan harga bermula RM40,300. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, dua model tersebut didatangkan dengan warna baharu serta lebih keselesaan dan ciri-ciri keselamatan. Menurut beliau, Proton Iriz dan Persona telah berjaya memenangi hati ramai peminat sejak diperkenalkan dan perubahan yang dilakukan mengambil kira cita rasa mereka. “Perubahan reka bentuk […]

today6 August 2021

Ekonomi

Generasi Z pilih perbankan Islam

PETALING JAYA – Lebih daripada separuh pengguna Muslim global daripada golongan milenium dan generasi Z bakal memilih perbankan Islam sekiranya lebih mudah diakses, menurut laporan daripada platform perbankan awan, Mambu. Laporan hasil kaji selidik melibatkan 2,000 pengguna Muslim berusia muda di seluruh dunia itu mencerminkan permintaan lebih meluas bagi perkhidmatan perbankan yang lebih beretika selepas pandemik. Ia juga seiring dengan trend pengguna kini lebih cenderung untuk membuat pilihan yang lebih […]

today5 August 2021

Ekonomi

Chin Hin muktamadkan pengambilalihan CHGP

PETALING JAYA – Chin Hin Group Berhad (Chin Hin) telah memuktamadkan pengambil­alihan 50.8 peratus kepen­tingan dalam Chin Hin Group Property Berhad. (CHGP) sebagai anak syarikat Kumpulan. Ini merupakan pemilikan ketiga syarikat senaraian awam di dalam konglomerat itu selepas Solarvest Holdings Berhad dan Signature Internatio­nal Berhad. Pengarah Urusan Kumpulan Chin Hin, Chiau Haw Choon berkata, pemilikan CHGP akan membolehkannya mengembang dan meluaskan portfolio Kumpulan dalam sektor hartanah. “Usaha ini juga akan […]

today5 August 2021

Ekonomi

37,000 PKS dapat pembiayaan lebih RM15 bilion

PETALING JAYA – Lebih daripada 37,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah mendapat pembiayaan melebihi RM15 bi­lion daripada Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Dana BNM untuk PKS sepanjang tempoh pandemik. Penolong Gabenor BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, ia merupakan kemudahan pembiayaan tambahan yang disediakan untuk membantu dan ­menyokong pemulihan PKS. “Baru-baru ini, BNM telah menambah lagi peruntukan di bawah dana ini sebanyak RM2 bilion.“Ia meningkatkan jumlah dana yang tersedia […]

today5 August 2021

Ekonomi

HLB Can You Hack It diperluas ke rantau Asia Tenggara

PETALING JAYA – Hong Leong Bank (HLB) menjemput bakat baharu untuk menyertai pertan­dingan Can You Hack It Virtual Hackathon ASEAN Edition 2021 dan bersama-sama mencipta penyelesaian inovatif yang berfokuskan kepada tadbir urus, sosial dan alam sekitar (ESG). Ketua Pegawai Inovasi Digital HLB, Shailesh Grover berkata, acara hackathon maya itu bertujuan mendapatkan idea kreatif tentang bagaimana masyarakat di rantau ini mentafsirkan ESG. Selain itu, acara tersebut juga adalah untuk melihat bagaimana […]

today5 August 2021

Ekonomi

SIM Leisure labur RM100 juta bina Escape Cameron highlands

PETALING JAYA – SIM Leisure Group (SIM Leisure) bakal membangunkan taman tema ESCAPE ketiga dan terbesar di Malaysia, bertempat di Cameron Highlands, Pahang melibatkan pelaburan me­lebihi RM100 juta dalam tempoh 10 tahun. ESCAPE Cameron Highlands yang meliputi kawasan lembah seluas 24 hektar dengan ketinggian 220 meter akan menjadi taman pengembaraan berasaskan alam semula jadi dan menawarkan pelbagai tarikan termasuk aktiviti ski yang pertama seum­pamanya di rantau ini. Pembangunan akan... Klik […]

today4 August 2021