Pecca ubah suai strategi kepelbagaian perniagaan
PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) telah mengubah suai strategi kepelbagaian perniagaan penjagaan kesihatannya selepas berunding dengan pihak berkepentingannya. Pengarah Urusan Pecca Group Datuk Teoh Hwa Cheng berkata, bagaimanapun niat Kumpulan untuk kepelbagaian masih berterusan dan ia merancang untuk menggunakan kedudukan tunainya yang kukuh untuk mencari peluang penggabungan dan pengambilalihan (M&A) atau usaha sama (JV) yang bersesuaian. Jelasnya, Kumpulan telah membatalkan cadangan pengambilalihan 51 peratus kepentingan ekuiti dalam Rentas […]